CARA MUDAH MENANGANI ISU SENSORI INTEGRASI

Oleh :                             

12 November 2018
‼️Harga: RM195/malam‼️‼️ Harga: RM195/malam‼️‼️ Harga: RM195/malam‼️. 🔺3 bilik tidur + 2 bilik mandi ( 1 katil queen, 2 bunk bed dan 1 katil single) 🔺Dilengkapi dengan sofa, karpet, TV 42",
04 November 2018
a good pair of waterproof socks can save your feet. They'll keep your lower extremities dry and warm by resisting water from without and also wicking away moisture from sweat.

Hai semua. Berjumpa lagi kita yer..Petang ni Cikka nak sambung kembali perkongsian berkaitan sensori integrasi.

 

Pagi tadi, Cikka ada berkongsi artikel berkaitan masalah-masalah atau tingkah laku yang pelik yang mungkin ada masalah berkaitan sensori. 

 

Namun, orang kata masalah tanpa jalan penyelesaiannya tak lengkap kan. Sakit tanpa ubatnya tak sudah kan. Jadi jangan risau.

 

Cikka akan cuba berkongsi rawatan-rawatan yang boleh anda lakukan dirumah.

 

.Ini kerana mengikut May-Benson et al (2010),

 

kajian bersistematik review yang dijalankan bagi melihat keberkesanan rawatan SI kepada kanak-kanak menunjukkan yang SI mampu untuk mempertingkatkan kemahiran motor (motor halus, motor kasar,motor planning), memproses deria dengan lebih baik, peningkatan dalam tumpuan dan tingkah laku yang bagus, kemahiran social dan kemahiran kognitif, meningkatkan kemahiran akademik (membaca) dan peningkatan dalam tidur, kepelbagaian dalam mengambil makanan, dan membuat kerja sekolah.

 

Jadi Cikka terpanggil untuk berkongsi cara-cara rawatan yang mudah dan senang.

 

MASALAH DERIA SENTUH (TACTILE)

 

Pertama untuk masalah deria sentuh yer. Ciri-ciri masalah deria sentuh boleh rujuk post Cikka sebelum ni..mmmm…jadi macamana nak buat yer.

 

Senang jer..

Untuk dirumah anda boleh lakukan aktiviti-aktiviti seperti dibawah :

 

 Pijak rumput tanpa kasut

 Main pasir, beras

 Main belon dalam besen air

 Sentuh kertas pasir

 Plastisin

 Uli tepung.

 

Namun untuk terapis carakerja, selain daripada aktiviti-aktiviti diatas, yang paling asas dan biasa untuk rawatan sentuhan ini ialah dengan menggunakan BERUS.

 

###MEMBERUS /BRUSHING### .

 

Salah satu daripada teknik dalam Protokol Wilbarger yang diasaskan oleh Patricia Wilbarger, seorang terapis carakerja dan psikologis klinikal dari Amerika Syarikat..

 

Teknik ini mengaplikasikan SENTUHAN dan TEKANAN terhadap anggota badan seperti tangan dan kaki bagi MERANSANG sensori..

 

 

OBJEKTIF 

 

✔ Merawat masalah sensory defensiveness dengan mengurangkan tahap arousal. Menjadikan kanak-kanak lebih tenang.

 

✔ Menormalkan respon terhadap sentuhan.

 

✔ Membantu kanak-kanak lebih relaks.

 

✔ Menjadi lebih sedar mengenai tubuh mereka.

 

✔ Meningkatkan perhatian serta pergerakan yang bermakna..

 

 

## SESUAI UNTUK KANAK-KANAK

 

:##

⚠ ADHD

⚠ Autism

⚠ Masalah Pemprosesan Sensori / Sensory Processing Disorder (SPD)

⚠ Tingkah laku SUKAR dikawal.

 

 

♋ BAHAN-BAHANBerus sensori / THERAPRESSURE BRUSH- berus khas yang lembut dan diperbuat daripada plastik.- mempunyai hujung yang lebih halus untuk kesan optimum..

 

 

PROSEDUR

 

1. Mula di kawasan pergelangan tangan.

 

2. Berus anggota tangan sebanyak 8 kali.

 

3. Kemudian, tanpa mengangkat berus pergi ke kawasan badan belakang kanak-kanak.

 

4. Apabila sudah diberus sebanyak 8 kali di belakang badan, teruskan memberus di tangan sebelah sebanyak 8 kali juga.

 

5. Ketika hendak meneruskan ke kawasan kaki, beruskan ke arah bawah tubub antara tubuh dan belakang dan tepi tubuh kanak-kanak dan diteruskan ke kawasan kaki.

 

6. Berus pada keseluruhan anggota kaki sebanyak 8 kali.

 

7. Tanpa mengangkat berus, teruskan memberus ke bahagian kaki yang lain sebanyak 8 kali.

 

 

##LANGKAH KESELAMATAN## 

 

ELAKKAN memberus pada permukaan kulit yang mempunyai luka atau kawasan sensitif.

 

• ELAKKAN memberus hingga menyebabkan kulit berubah warna kepasa merah.

 

• JANGAN memberus di bahagian muka, celah dalam paha atau perut kerana boleh menyebabkan muntah dan peningkatan denyutan jantung.

 

• JANGAN memberua di bahagian kepala, leher, dan dada.

 

• GUNAKAN berus yang telah dicadangkan oleh terapis.

 

• Teknik ini hanya SESUAI dilakukan untuk kanak-kanak berumur 0-7 tahun (mengikut kesesuaian).

 

2. Proprioceptif

(ciri – ciri boleh rujuk post Cikka sebelum ni k) 

• Peluk dengan kuat

• Mengurut 

• Meniru jalan binatang (lompat katak., berjalan itik)

• Membawa dan mengangkat benda berat 

• Melompat diatas trampoline

• Tekan tubi di dinding

 

3. Vestibular

• Buaian 

• Menunggang basikal 

• Melompat diatas trampoline

• Bermain permainan berpusing 

• Bermain permainan badan tunggang terbalik

 

4. Pendengaran

• Plug telinga 

• Bilik yang sunyi 

• Bunyi – bunyian 

• Muzik yang menenangkan

 

 

5. Penglihatan

• Permainan pemadanan warna 

• Pelbagai lampu aktiviti 

• Melukis, mewarna dan mengegam 

• Maze

 

6. Rasa

• Meniup buih sabun 

• Meniup wisel atau apa-apa instrumen yang lain

• Bermain permainan rasa

• Selalu mencuba makanan yang baru 

• Kunyah gula-gula yang keras / gula-gula getah

 

7. Bau

• Plastisin yang berbau wangi 

• Permainan pemadanan bau 

• Meneka aroma bau 

• Rasa dan bau 

• Aromaterapi.

 

Kan senang kan aktiviti yang Cikka cadangkan untuk puan-puan buat bersama anak-anak.

 

 

Yang penting ianya tidak memerlukan alatan yang pelik dan mahal kan.

 

Memadai boleh didapati pasaran tempatan mahupun sekitar persekitaran anda.

 

Anda juga boleh mencuba untuk setup satu bilik stimulasi sensori di rumah.

 

Kajian yang dijalankan oleh Lee (2014) untuk kanak-kanak Aspeger’s sindrom, penggunaan muzik didalam bilik snoezelen boleh meningkatkan tindak balas yang positif dan mengurangkan tingkah laku yang mengganggu.

 

Bilik multi sensory juga boleh menjadi rawatan yang berkesan dalam meningkatkan tingkah laku yang bagus. 

 

.Jadi, Cikka ucapkan selamat mencuba dan selamat bereksperimen bersama anak anda..

 

 

RUJUKAN :

 

 

.May-Benson, T. A., & Koomar, J. A. (2010). Systematic review of the research evidence examining the effectiveness of interventions using a sensory integrative approach for children. American Journal of Occupational Therapy, 64(3), 403-414.

 

 

 

.Lee, L. (2014). The Effect of Music Activities in a Multi-Sensory Room for Children with Asperger’s Syndrome on Behavioral Changes: A Case Study. ISME Commission on Music in Special Education, Music Therapy, and Music Medicine, 31.

 

 

.Weeks, S., Boshoff, K., & Stewart, H. (2012). Systematic review of the effectiveness of the Wilbarger protocol with children.

09 Julai 2018

Homestay 2

 

Homestay 3

 

Homestay 4

 

2018 © mysenarai.com

LANGGAN
LANGGAN
Borang telah dihantar - terima kasih.
Sila isikan semua maklumat yang diperlukan!

SUBSCRIBE TO MYSENARAI

follow kami untuk update koleksi senarai yang menarik

IKUT KAMI

TENTANG KAMI

HUBUNGI

PENAFIAN

receive your top list through newsletter.

show us your love