HI, Apa khabar di bulus anda,

dalam artikel kali ni ada beberapa perkara perihal kutu telinga yang akan kita kupas, anda ke sini pasti ingin tahu tentang kutu telinga kucing, maklumlah bila jadi pemilik kucing ni kita kena jaga mereka dengan sebaik baiknya supaya mereka lebih sihat, cantik dan comel sentiasa.

dalam artikel ini adalah beberapa yang kita akan ulas iaitu :

1.PENGENALAN APA ITU EARMITES ?

2.RINGKASAN JANGKITAN?

3.TANDA JANGKITAN EARMITES

4.CARA BERSIHKAN EARMITES

5.LANGKAH BERJAGA JAGA 

6.BERSIHKAN SECARA BAHAN SEMULAJADI

7.BERSIHKAN MENGGUNAKAN BAHAN YANG DIBELI 

8.BAGAIMANA MELAKUKAN PROSES PEMBERSIHAN DI RUMAH.


APA ITU EARMITES

 

Ear mites (tungau telinga) adalah sejenis jangkitan kutu yang sering menyerang kucing atau anjing. Kutu telinga, atau Otodectes cynotis, ia adalah parasit mikro halus yang menjangkiti telinga kucing.

Ilustrasi gambar yang jelas melalui mikroskop

adalah seperti berikut

 

 

 

Ear Mites ini akan mendap dan mendiami bahagian telinga yang hangat dan gelap. Tempat itu juga membolehkan earmites ini memakan serpihan serpihan selaput kulit.

 

Berikut beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu 

 

RINGKASAN JANGKITAN EARMITES

 

Earmites  ini menyebabkan iritasi dan kegatalan, ini membuatkan kucing  akan menggaru garu telinganya. Oleh sebab tindakan menggaru ini maka infeksi kulit atau kulit penutup telinga boleh menjadi bengkak, ini memerlukan konsultasi daripada doktor haiwan segera yang mungkin.

 

Pencegahan awal dan pembasmian Earmites ini perlu dilaksanakan sentiasa oleh pemilik kucing agar kucing anda sentiasa sihat dan bebas dari kesan kesan negatif oleh earmites ini.

 

Biasanya, ear mites tidak menyebabkan kerosakan gegendang telinga tetapi adanya jangkitan sekunder yang disebabkan bakteria mampu menyebabkan kerosakan sehingga ke selaput gegendang telinga.

 

Apabila ini berlaku, jangkitan telinga bahagian tengah yang teruk boleh berlaku. Akibatnya, si bulus anda berisiko hilang keseimbangan, kekeliruan dan gangguan saraf lain sehingga mengganggu fungsi pendengaran telinga si bulus.

 

TANDA JANGKITAN EARMITES

 

Tanda-tanda si bulus diserang ear mites

 

• Menggoyang-goyang atau menggeleng-gelengkan kepala kerana tidak selesa

 

• Kerap menggaru-garu telinga sehingga menyebabkan kemerah-merahan atau luka

 

• Telinganya penuh dengan tahi telinga berwarna coklat gelap kehitam-hitaman seperti kopi

 

 

 

Cara-cara membersihkan ear mites

 

1. Membersihkan telinga kucing harus dijadikan rutin mingguan atau dua minggu sekali. Mulakan seawal umur 8 minggu supaya si bulus biasa dengan rutin tersebut dan tidak marah jika anda mahu membersihkan telinganya

 

2. Pegang hujung telinga si bulus dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Terbalikkan cuping telinga dari dalam ke luar sehingga dapat melihat bahagian dalam telinga. Sekiranya terdapat kehijauan atau kekuningan seperti nanah, atau coklat kehitaman seperti kopi, bawa si bulus berjumpa vet

 

3. Sedikit ear cleaner untuk mencuci telinga kucing dengan mengelap menggunakan putik kapas atau bebola kapas yang lembab. Letakkan beberapa titis ubat ear mites ke dalam lubang telinga kucing bagi menghapuskan kuman dan tungau.

 

4. Gosok di pangkal telinga kucing untuk 15-20 saat supaya titisan ubat boleh masuk ke dalam saluran telinga kucing dengan rata. Biarkan beberapa minit sebelum dicuci semula

 

5. Biarkan kucing anda menggaru pada bahagian telinga selama 5 minit. Sekiranya kucing anda menggaru dengan kerap dan terkesan akibat ubat ear mites tadi, ini menunjukkan jangkitan tersebut aktif dan wujud dalam telinga si bulus.

 

6. Gunakan bebola kapas yang dilembabkan dengan ear cleaner sekiranya ada untuk membersihkan kawasan telinga kucing dari kotoran selepas dititikkan ubat ear mites. Jangan mencuci terlalu dalam kerana dikhuatiri mampu menyebabkan luka pada bahagian dalam telinga.

 

7. Ulang langkah di atas jika perlu, sambil memanjakan atau membelai si bulus, supaya ia tidak takut atau lari pada sesi mencuci telinga yang seterusnya.

 

BAGAIMANA NAK MELAKUKAN NYA DI RUMAH ?

 

 

 

 

 

LANGKAH BERJAGA JAGA 

 

1. Kebarangkalian kucing anda akan kurang aktif selepas kita mencuci telinga yang ada ear mites, kebiasaan bekas kesan daripada ear  mites itu akan memberi ketidak selesaan kepada kucing dalam masa dua tiga hari atau boleh menjangkau seminggu bergantung kepada teruknya ear mites seekor kucing.

 

2. Mengikut pengalaman saya dan perkongsian beberapa pemilik kucing lain yang membersihkan ear mites pada kucing mereka, biasanya mengalami pengalaman yang sama selepas mencuci ear mites mengambil masa dua tiga hari seminggu untuk kucing itu kembali aktif.

 

3. Punca ketidakaktifan mereka ini ramai yang kata disebabkan mereka merajuk kerana diusik telinga harta karun mereka " ear mites"

 

4. Perkara penting yang perlu anda peka setelah mencuci ear mites ialah sentiasa monitor  kucing anda  dalam beberapa aspek iaitu :

 

  • Pastikan kucing anda tidak demam.

  • Pastikan kucing anda makan minum berak kencing seperti biasa.

  • Pastikan bahagian dalam telinga kucing anda tidak bengkak dan berdarah selepas mencuci ear mites ( suluh dengan torchlight kedalam telinga untuk melihat jika terdapat sebarang ketidak abnormalan)

  • JIka terdapat keabnormalan selepas mencuci ear mites seperti demam dalam telinga bengkak, atau berdarah segera bawa jumpa doktor.

 

5.JIKA ANDA TIDAK YAKIN UNTUK MENCUCI EAR MITES SENDIRI, SILA BAWA KE  KLINIK VETERINAR TERDEKAT DENGAN ANDA.

 

APA ITU EAR MITES KUCING DAN CARA MENGATASI

02 August 2020