4 FASA PENTING LATIHAN KE TANDAS BAGI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Oleh :                             

12 November 2018
‼️Harga: RM195/malam‼️‼️ Harga: RM195/malam‼️‼️ Harga: RM195/malam‼️. 🔺3 bilik tidur + 2 bilik mandi ( 1 katil queen, 2 bunk bed dan 1 katil single) 🔺Dilengkapi dengan sofa, karpet, TV 42",
04 November 2018
a good pair of waterproof socks can save your feet. They'll keep your lower extremities dry and warm by resisting water from without and also wicking away moisture from sweat.

mysenarai ingin share pada anda 4 fasa yang penting yang ibu bapa perlu ketahui kerana ia penting sebagai panduan supaya ibu bapa tahu dan kenalpasti keupayaan anak - anak.

 

 

LATIHAN KE TANDAS & KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 

 

Niat untuk menjalankan latihan ke tandas secara intensif pada peringkat usia yang lebih awal.?

 

Ianya sangat berkait rapat dengan persepsi bahawa kanak-kanak itu mungkin akan menguasai kemahiran tersebut dengan lebih cepat.

 

Walaubagaimanapun ibu bapa perlu mengambil kira faktor persediaan mereka dari segi :

 

Fizikal (physical),Tingkahlaku (behavior) & Kognitif (cognitive)

 

Faktor - faktor ini antara yang akan menyebabkan proses latihan ke tandas mengambil masa yang lebih lama dari sepatutnya.

 

" Walaupun latihan ke tandas pada peringkat usia kanak-kanak masih terlalu muda tidak dikaitkan dengan masalah sembelit, tabiat menahan keinginan membuang air besar atau keengganan membuang air besar di tandas, permulaan latihan secara intensif sebelum usia 27 bulan atau 2tahun 3bulan langsung tidak mempunyai perkaitan dengan keupayaan mereka menguasai kemahiran tersebut dengan lebih cepat "

 

(Blum, N. J., Taubman, B., & Nemeth, N., 2003).

 

Sebenarnya, masa yang sesuai untuk melatih kanak-kanak pergi ke tandas adalah berbeza di antara setiap individu.

 

Latihan ke tandas merupakan satu proses yang sukar walaupun kepada kanak-kanak yang normal.

 

Latihan ke tandas bagi kanak-kanak yang berkeperluan khas akan mempunyai banyak halangan dan rintangan.

 

misalnya dari aspek fizikalkoordinasikemahiran motor kasar & motor halus,pengawalan postur badan keseimbangantahap kognitif dan sebagainya.

 

Justeru itu, kanak-kanak berkeperluan khas mungkin sukar mencapai tahap perkembangan normal atau mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran ini, kerana kanak-kanak ini memerlukan masa yang lama untuk di beri latihan yang bersesuaian dengan masalah mereka.

 

Terdapat banyak versi tahap perkembangan normal bagi pengurusan diri ke tandas.

 

Misalnya menurut The WeeFIM Clinical System Guide, 1998 & 2000 kanak-kanak berupaya berdikari sendiri ke tandas tanpa bantuan pada usia 4tahun 6bulan.

 

 

Manakala menurut Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian (2016)

 

"penulis mencadangkan pada usia 3 tahun kanak-kanak sudah berupaya ke tandas dengan sendiri tanpa bantuan." 

 

Ini adalah kerana menurut Rodger, S. (2006)

 

"perkembangan normal kanak-kanak turut di pengaruhi oleh faktor budaya, kepercayaan dan etnik masyarakat di sesuatu kawasan."

 

 

Hasil kajian Schum, T. R., et al (2002)

 

"mendapati kanak-kanak perempuan dalam kajian mereka mencapai hampir semua kemahiran latihan tandas lebih awal daripada kanak-kanak lelaki."

 

Mereka juga mendapati kebanyakan kanak-kanak tidak menguasai kemahiran kesediaan ke tandas sehingga selepas mereka mencapai usia 2 tahun dan menegaskan perkembangan normal bagi pencapaian kemahiran individu mungkin berbeza dengan sekurang-kurangnya perbezaan satu tahun.

 

 

Aktiviti pengurusan diri sangat dekat di hati profession Pemulihan Carakerja.

 

Tugas serta peranan Jurupulih Carakerja di dalam meningkatkan tahap keberdikarian kanak-kanak berkeperluan khas dalam aspek pengurusan diri amatlah penting.

 

Malah Jurupulih Carakerja perlu berkerjasama dengan pihak ibu bapa atau penjaga bagi memastikan kelangsungan penguasaan kemahiran pengurusan diri berterusan dalam sebarang bentuk persekitaran misalnya rumah, sekolah, masjid, restauran, padang, taman permainan dan sebagainya.

 

Di dalam aspek pengurusan diri ke tandas, salah satu peranan Jurupulih Carakerja adalah mengenalpasti adakah kanak-kanak ini tergolong di dalam kumpulan

 

mereka yang mempunyai kawalan otot spinter untuk membuang air kecil atau besar tetapi kebolehan untuk ke tandas dengan sendiri dihalang oleh kecacatan fizikal

 

atau

 

mereka yang tiada kawalan otot spinter untuk membuang air kencing atau besar tetapi boleh membasuh atau membersih diri sendiri semasa berada di dalam tandas.

 

 

Golongan kanak-kanak di dalam kumpulan ini boleh terus di latih ke tandas seawal mungkin.

 

Jurupulih Carakerja juga berperanan

 

mengenalpasti keperluan peralatan mobiliti untuk membantu mengatasi masalah kecacatan fizikal atau lain-lain peralatan yang boleh membantu mereka berdikari seperti menyediakan potty atau mangkuk tandas yang khas (yang mudah dicapai atau mempunyai ketinggian yang bersesuaian dengan keperluan).

 

 

Di dalam Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian (2016) dicadangkan 4 fasa untuk latihan ke tandas iaitu:

 

 

Fasa 1 : Permulaan kawalan buang air kecil atau besar 

 

Fasa 2 : Ada kemahuan mengawal buang air kecil atau besar 

 

Fasa 3 : Belajar berdikari ke tandas 

 

Fasa 4 : Boleh berdikari ke tandas.

 

 

FASA 1. PERMULAAN KAWALAN MEMBUANG AIR KECIL / BESAR

 

Dalam fasa ini ibu/ penjaga perlu mengenal pasti

 

bila dan berapa kerap anaknya buang air kecil atau besar setiap hari.

 

Dengan mengenal pasti jarak masa antara dua kali anak membuang air kecil/ besar,

 

ibu/ penjaga dapat mengagak/ meramal bilakah waktu atau masa selanjutnya anaknya akan buang air kecil/ besar pada hari tersebut .

 

 

FASA 2 : GUNAKAN SENARAI SEMAK

 

bagi dan Terangkan kepada kanak–kanak mengapa perlu ke tandas / potty dan apa yang mesti dia lakukan di atas potty tersebut .

 

Berkala/ berjadual Adalah penting untuk melatih kanak-kanak duduk di atas potty/ mangkuk tandas secara berkala.

 

Mula dengan anggaran tempoh masa dari senarai semak atau 2 hingga 3 jam sekali.

 

Secara beransur tambahkan tempoh masa tersebut.

 

Catatkan aktiviti latihan Ini untuk membantu menilai kemajuan latihan ke tandas

 

Pemilihan mangkuk tandas/ potty

 

(Rujuk gambarajah pemilihan potty yang sesuai dengan kondisi anak-anak)

 

 

Pilih mangkuk tandas / potty yang sesuai dengan kanak- kanak supaya beliau merasa selamat dan selesa semasa pembuangan air keci/besar

Keselamatan

 

Ibu / penjaga hendaklah sedia membantu kanak- kanak tersebut

 

Galakkan  kepada kanak-kanak untuk terus mencuba dan melakukan sendiri

 

 

Beri pujian jika kanak-kanak dapat melakukan dengan sendiri dan

 

mereka kelihatan bersih serta pakaianya dalam keadaan kering

 

 

FASA 3 : BELAJAR UNTUK BERDIKARI KE TANDAS.​​​​​​​

 

Untuk melatih anak berdikari untuk ke tandas, mereka mestilah mencapai aktiviti Fasa 1 dan Fasa 2.

 

Jika gagal dilaksanakan,

 

kemungkinan besar anak tidak boleh berdikari langsung untuk ke tandas dan bergantung kepada penjaga.

 

(Rujuk gambarajah – Langkah berdikari ke tandas)

 

 

FASA 4 : BOLEH BERDIKARI KE TANDAS.

 

Untuk berdikari sepenuhnya, anak mestilah mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus seperti berikut – Rujuk gambarakah perkembangan motor kasar & motor halus)

 

 

 

 

 

 

Konklusinya,

 

"penglibatan secara aktif dalam penjagaan diri seperti berdikari ke tandas dapat memupuk kemahiran kemandirian, meningkatkan harga diri, mengembangkan konsep diri dan berperanan untuk melatih kemahiran pra pekerjaan dan seterusnya meningkatkan mobiliti sosial kanak-kanak berkeperluan khas ini dan secara tidak langsung mengurangkan beban tugas ibu bapa atau penjaga untuk menguruskan aktiviti harian" mereka. (Frank - 1994 , Shenai, N. G., & Dinaz, N. W. - 2014).

 

 

Zuraidah bt. Rambli,Pegawai Pemulihan Carakerja,Hospital Taiping

 

refference

 

Blum, N. J., Taubman, B., & Nemeth, N. (2003). Relationship between age at initiation of toilet training and duration of training: a prospective study. Pediatrics, 111(4), 810-814.

Frank, G. (1994).

The personal meaning of self-care occupations. In C Christiansen (Ed.), Ways ofl

rican Occupational Therapy Association.

 

 

Rodger, S. (2006). Occupational therapy with children (pp. 115-7). J. Ziviani (Ed.). Blackwell.

Schum, T. R., Kolb, T. M., McAuliffe, T. L., Simms, M. D., Underhill, R. L., & Lewis, M. (2002). Sequential acquisition of toilet-training skills: a descriptive study of gender and age differences in normal children. Pediatrics, 109(3), e48-e48.

Shenai, N. G., & Dinaz, N. W. (2014). Development of a self care skills scale for children with developmental disorders: A Pilot Study. Indian Journal of Occupational Therapy, 46(1), 16-21

Manual Pengendalian Aktiviti Kehidupan Harian, (2016), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia, MOH/K/ASA/80.16(HB)

iving: Self-care strategies for special needs (pp. 27-50). Rockville, MD: Ame

 

artikel asal oleh : Puan Zuraidah bt Rambli

 

article modifier : mysenarai

 

 

Share Pengalaman Anda Dalam Cabaran Memberi Latihan Anak - Anak Ke Tandas

dalam komen di bawah 

10 Julai 2018

Homestay 2

 

Homestay 3

 

Homestay 4

 

2018 © mysenarai.com

LANGGAN
LANGGAN
Borang telah dihantar - terima kasih.
Sila isikan semua maklumat yang diperlukan!

SUBSCRIBE TO MYSENARAI

follow kami untuk update koleksi senarai yang menarik

IKUT KAMI

TENTANG KAMI

HUBUNGI

PENAFIAN

receive your top list through newsletter.

show us your love